21 July 2010

Effective microbe inoculant (EM 1)

Seringkali kita di hujani dgn rungutan dr orang2 sekitar kawasan penternakan kt kerana bau najis ternakan kt yg cukup kuat hingga menusuk kalbu. Kekurangan masa serta pekerja seringkali menganggu kt untuk membersihkan najis ternakan kt untuk menghilangkan bau.hasil bau ini mendatangkan perasaan kurang selesa di antara kita. Jepun telah datang dg penyelesaian terhadap setiap masalah berpunca dr bau ini..


EM 1 atau pun Effective Microbe Inoculant blh mengurangkan bau ini. EM 1 mengandungi campuran air Molasses, lactic Acid Bacteria, Yeast dan photosynthetic Bacteria. Lactic Acid Bacteria(LAB) bertindak mengurai, mencerna, mengompos iaitu mengeluarkan asid laktik sekaligus menjadi pendinding atau penghalang kepada mikrob yg berbahaya. Yis pula mengeluarkan hormon dan enzim sebagai bahan bioaktif. manakala photosynthetic Bacteria berperanan menguraikan gas yg berbahaya seperti ammonia & hidrogen sulfat dan menukarkan kepada gas2 yg tidak berbahaya serta tidak berbau.

EM amat sesuai digunakan dlm sektor pertanian, penternakan, serta perikanan....cara2 mengaplikasinya ialah



Antara kebaikan EM ialah ia:
  1. Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik
  2. Produk yg dihasilkan bebas dari kesan2 sampingan
  3. Produk yg mesra alam
  4. Meningkatkan pembesaran ternakan dan tanaman
  5. Mudah digunakan
  6. Menghilangkan bau ammonia
  7. Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)

0 comments:

Post a Comment